Monday, January 14, 2013

Kesaksian 2013

Shallom!!

Selamat pagi (pada waktu saya sedang menyediakan artikel ini..hehe).

Pada kali ini saya ingin menyaksikan kebaikan Tuhan yang telah Dia sediakan bagi saya bermulanya tahun yang baru 2013 ini.

Setiap apa yang telah berlaku saya percaya penuh bahawa Tuhan Yesus yang sudah menyediakan bagi saya, tidak kira itu masalah untuk mengajar saya ataupun berkat kebaikan yang Tuhan Yesus turunkan ke atas saya, semuanya adalah kerana kasih Tuhan Yesus!

Kesaksian pertama saya bermula pada 22 Disember 2012 sebenarnya, cuma pada waktu itu saya belum mengetahuinya. Seorang rakan sekerja saya meminta pertolongan saya untuk menanyakan tiket feri dari Menumbok ke Labuan untuk 1 Januari 2013. Pada waktu dia bertanyakan jika saya boleh membantu dia dalam hal itu, saya hanya menjawab "Ok, boleh..tiada masalah". Sesudah tiba 22 Disember 2012, saya akhirnya akan belayar ke Menumbok dari Labuan. Pelayaran agak lewat disebabkan kenderaan yang sepatutnya menaiki feri Wawasan yang besar tidak datang awal. Saya tiba di Menumbok dalam pukul 5 petang. Pada saat saya memandu keluar dari feri, saya terfikir untuk jalan terus sebab sudah lewat. Namun hati saya berat untuk memandu terus lalu saya berhenti berdekatan dengan simpang ke jalan besar. Saya berjalan agak jauh ke kaunter tiket lalu menanyakan jika masih ada kosong pada 1 Januari 2013. Lalu di kaunter itu menjawab hanya pada 3 Januari 2013 sahaja yang masih ada kosong.

Dipendekkan cerita, selama 9 hari saya bercuti akhirnya saya perlu kembali ke Labuan. Sesampainya saya di Menumbok untuk menunggu feri, saya menyedari bahawa saya belum membayar yuran pendaratan sebanyak RM14. Saya membuka dompet saya dan ternyata di dalam hanya tinggl RM3 kerana wang yang saya bawa dari Ranau suda saya gunakan untuk sarapan dan membeli minyak kereta. Saya membuka kompartmen dan menjumpai RM1, semuanya baru RM4. Lalu apa yang terjadi, saya beriman jika saya melepasi kastam, saya akan tunjukkan dompet saya dan biarkan Tuhan bekerja. Namun kasih Tuhan, pertolongan Tuhan itu luar biasa. Pada hari yang sama juga, rakan sekerja saya yang meminta pertolongan saya untuk bertanya tiket itu belayar pada hari yang sama dengan saya. Saya menelefon dia dan akhirnya saya dapat meminjam wang daripada dia. Rupanya Tuhan sudah sediakan jalan bagi saya berhari-hari sebelum itu. Puji Tuhan!


Kesaksian kedua saya berkaitan dengan kereta saya. Pendekkan cerita, kereta saya hanya mempunyai satu bar minyak sahaja lagi minggu lalu. Sebelum saya mengenal iman dengan setulusnya, saya pasti risau, saya pasti kuatir akan hal yang melibatkan wang untuk membeli minyak kenderaan. Apa yang terjadi, saya beriman pasti Tuhan akan sediakan sesuatu untuk saya pada minggu itu. Lalu pada hari Jumaat tanggal 11 Januari 2013, seorang kerani dari syarikat tempat saya bekerja ingin meminta hantar ke bandar Labuan. Pada waktu itu saya tercari-cari kenderaan syarikat namun tiada satu pun yang saya boleh gunakan, ada van tetapi kuncinya tiada dan orang yang memegang kunci van tidak menjawab telefon. Lalu kerani itu menyuruh saya menggunakan kereta saya dan saya berterus terang kepada dia bahawa minyak kereta saya sudah tinggal sedikit dan puji Tuhan kerani itu menyatakan untuk membelikan minyak untuk saya,..haha..Haleluya!

Kesaksian ketiga, pada tanggal 12 Januari 2013, selepas habis waktu bekerja saya pergi ke Taman Botanikal Labuan untuk berehat sementara menunggu waktu latihan. Pada hari itu saya belum lagi makan nasi sebab saya perlu menjimatkan wang sejimat-jimatnya dan hanya memakan kek yang disimpan dalam peti sejuk syarikat. Semasa berada di taman itu, saya hanya duduk dalam kereta sambil mendengarkan lagu rohani. Pada waktu itu saya agak lapar, dan dengan senyuman saya berdoa kepada Tuhan agar lapar itu 'dilimpaskan' dari perut saya. Kuasa Tuhan itu sempurna, ajaib sungguh. Dalam setengah jam rakan saya dari UMS Labuan menelefon dan menyuruh saya untuk menyertai mereka di gathering Persatuan Pelajar Kristian UMS di Pantai Labuan. Pada mulanya saya agak segan akan tetapi saya ingin membiasakan diri bersama mereka, dan puji Tuhan juga saya dapat makan bersama mereka.

Pertolongan Tuhan tidak pernah terlambat. Kasih Yesus begitu sempurna bagi mereka yang memerlukan pertolongan Dia. Yesus tidak pernah membiarkan kita begitu sahaja, Dia sentiasa menyertai kita. Cuma kita perlu berseru meminta pertolongan kepanya-Nya, berdoa tanpa rasa pentingkan diri sendiri.

Filipi 4:19 - Allahku akan memenuhi segala keperluanmu menurut kekayaan dan kemuliaan-Nya dalam Kristus Yesus.

Dimuliakanlah Allah dan Bapa kita selama-lamanya! Amin.

Thursday, January 10, 2013

Kebaktian Ahad

Shallom!

Pada hari ini saya akan kongsikan tentang pemahaman saya terhadap kebaktian setiap hari Ahad.

Mungkin soalan lazim yang akan ditanya pada kebaktian hari Ahad ialah "Siapa yang datang pada hari ini dengan hati yang bersukacita?"

Ya, kita perlu bersukacita dalam segala hal (Filipi 4:4). Berapa ramai yang datang kerana hati yang hancur? banyak pergumulan? banyak persoalan? Saya pasti lebih ramai daripada jemaat yang sudah bercukacita kerana diberkati dengan kelimpahan kebaikan.

Tuhan Yesus melihat setiap hati yang memerlukan pertolongan-Nya. Pada kebaktian Ahad, bagi saya itu merupakan satu kesempatan yang sangat istimewa untuk menyatakan segala keresahan diri kepada Tuhan Yesus (Filipi 4:6).

Apabila kita bersungguh-sungguh memohon kepada-Nya dalam doa, dengan hati yang tulus mencintai Yesus dan menginginkan kebebasan dalam Kristus, saya pasti kita akan dipulihkan dari setiap masalah atau dosa yang masih terus mencengkam hidup kita. (Matius 11:28)

Di sebalik semua itu juga, itulah kesempatan kita untuk berdoa dan memohon pengampunan kepada Yesus, sekiranya dalam satu minggu tersebut kita jarang sangat berdoa selain doa makan, mari tanggalkan 'kemalasan' berdoa tersebut. Kita berdoa untuk diampuni dan kita sendiri harus dan wajib mengampuni orang yang bersalah kepada kita. (Matius 6:14-15)

Mungkin pada saat kamu membaca artikel ini, kamu hanya memandang sekilas pada rujukan alkitab yang saya telah sediakan. Rujukan itu bukanlah pencantik ayat tetapi firman yang telah diberikan Tuhan, ambillah alkitabmu, rujuk, baca dan renungkanlah!

Sekali lagi, saya ingin katakan kepadamu, pertolongan Tuhan tidak pernah terlambat, kalau kita berdoa bersungguh-sungguh kepada Tuhan, Dia sentiasa mendengarkannya. Dalam hidup kita di bumi, kita diajar dan dibentuk melalui perkara-perkara yang terjadi di sekeliling kita. Tuhan tidak pernah membiarkan kita dicobai melebihi kekuatan kita (1 Korintus 10:13), dan hanya dari Tuhan sahaja kita beroleh kekuatan (Filipi 4:13).

Dengan itu, berdoalah demikian:

Bapa kami yang disorga,
Dikuduskanlah nama-Mu,
datanglah Kerajaan-Mu,
jadilah kehendak-Mu di bumi seperti di sorga.
Berikanlah kami pada hari ini makanan kami yang secukupnya
dan ampunilah kami akan kesalahan kami,
seperti kami juga mengampuni orang yang bersalah kepada kami,
dan janganlah membawa kami de dalam pencobaan
tetapi lepaskanlah kami dari yang jahat.
Karena Engkaulah yang empunya Kerajaan dan Kuasa dan Kemuliaan
sampai selama-lamanya. Amin.

Tuesday, January 8, 2013

Who I was before, who I am now.

Hello!

Today I felt like I wanted to share about myself.

Through past years I have been keeping a photos and videos for "future references". I like to kept things from past so that when I found or see it in the future, I would like "heeyyy....I still have this thing??" haha..

One document (actually there are a lot of it but I haven't go through while I was at kampung..so..) I recently copied to my hard disk is a video of our family 'vacation' to Pekan Nabalu.

When I watch every scene I talk, I get mad at myself. I got myself thinking "Is this who I am?? Why am I so angry all the time I spoke???" Haha..I must admit that I am (was) a hot-tempered person.

That was the past, now that I have found Jesus Christ's Love, I try and learn how to speak with love, respect all person, young or old. Love them and show the love that Christ has given to me.


I must also admit that I have just recently found the greatest peace in Christ the Lord, despite the years I have fulfill my ministry as Gospel Musician and involved in many church activities. Most of the times, I wasn't focus for God..I steal the glory that only our God can have. No wonder I felt empty after great musical experience. I came back with zero blessings.

After the change, I want to focus to the very important point; Every bad doing I still tied to is released, there is nothing can compare to the LOVE of Christ when I decided to give my whole life to Him. How I long for His presence all the time.

One's to change is not easy -with self strength- but very easy when we prayed for Jesus' help. We prayed that only Jesus can give us a complete freedom..and once we have decided to get up and only seek His face, never compromise with sin, ever again!


These changes made my whole life complete. I am alive!!

Jesus Saved Me!!

Friday, December 21, 2012

Christmas Carol 2012


So, this year I was so exited because I can join Christmas carol with new friends at SIB Bandar Labuan.

It is such a blessing for me because...there are a lot of things I just can't explain..what I can conclude is that, JESUS is so amazing, He is beautiful and we should celebrate Him not only on christmas but everyday, every breath and every moment. Haleluya!

So, back to the Christmas Carol, I enjoyed every moments and these are the photos: =)















































Friday, November 23, 2012

Music Theory #2

Haha..Welcome back!

Today, because of my curiosity, I've learnt a basic knowledge of what's chord is it on each staff and between the staff and on the ledger. Here I have drawn something to help me memorize each chords on the line. Shall we take a look?

Yes, here is it, my first drawing after my lesson:
Okay, this one is with the wordings so that I can remember the chords easily. Notice that in the treble clef, the chords between each staff are F.A.C.E and the chords on the staff are Every Good Boy Deserve Fridge (which doesn't make it a words anyway). But it is a good way to memorize the Chords anyway.

Then on the bass clef, the chords between staff are All Cows Eat Grass and on the staff are Green Birds Don't Fly Away.

If you also notice that there are a chords between the treble and bass clef, that is B,C and D. I don't get it at first either. Then I draw again with better drawing:

Okay, with better drawing I noticed that the chords run from treble clef to bass clef are like A B C D E F G | A B C D E F G. Take a look by yourself..I know right?! Amazing..Haha..Visually, if I read the chords from the bass clef to treble clef I'll get like G A B C D E F G A <bass clef> | B C D | <treble clef> E F G A B C D E F

Also, the chords on treble clef upper ledger is read A C E while on bass clef bottom ledger is read E C A.

I hope you enjoy this lesson..hahaa..

Tuesday, November 20, 2012

Beautiful LOVE Story

God,

I pray to YOU..
I want a beautiful LOVE story for my life..
I mean, I need a girl who will love me,
A girl who is meant for me, and I am meant for her..
A girl that I will fully love with my whole heart, which I reserved for that special girl..and she will fully love me too..
GOD, I know that everything will have time, I will wait..

I want a girl who truly loves YOU, her family and second me..
Because I know that if she loves YOU more then she will love me better..

Make me her step keeper, and she will also be guiding me, together we make a strong bond..
and grow old together in love as well..

I love you LORD JESUS, I put my prayer and trust only in YOU..AMEN!

Wednesday, November 7, 2012

The 4th of November 2012

The 4th of November 2012
 

...I believe GOD have plan for me. I know through this HE meant to tell me something. 

...The End...is just the beginning.