Friday, January 6, 2017

Liabiliti vs Aset (BM)

LIABILITI vs ASET

Setahun aku menghilang, ada rancangan kembali menulis blog tetapi apakan daya, sibuk melanda.
Apapun, Selamat Tahun Baru 2017!

Kali ini, saya ingin membawa sebuah topik yang biasanya KEBANYAKKAN orang muda tidak tahu, atau buat-buat tidak tahu atau tidak peduli.

Ya LIABILITI vs ASET.

Apa Liabiliti?

Paling mudah, liabiliti ialah sesuatu yang memerlukan kita mengeluarkan wang. Contohnya kereta idaman. Setiap bulan kita membayar semula pinjaman bank tetapi nilai kereta tersebut akan surut. Maksudnya ia adalah tanggungan hutang yang perlu dijelaskan. Nanti kita bincangkan lebih lanjut.

Apa pula Aset?

Aset ialah harta yang bernilai kepada kita, contohnya sebuah rumah idaman. Harga rumah tersebut akan meningkat pada masa akan datang, tetapi apabila sudah habis bayar ia menjadi aset yang termahal kita akan punyai.

Ya, liabiliti dan aset sebenarnya agak subjektif.

Kereta jika kita beli dan gunakannya untuk mengaut keuntungan contohnya disewakan akan menjadikan kereta tersebut sebagai aset kita.
Rumah pula, menjadi liabiliti kerana kita tetap membayarnya pinjaman bank setiap bulan tetapi oleh kerana nilainya pada masa akan datang semakin meningkat maka ia menjadi aset.

Jadi, anak-anak muda, apabila kita mahu "membuang" wang, fikirkan bahawa aset lebih penting daripada liabiliti. Sebelum mencurahkan wang anda ke dalam keseronokan, baik fikirkan masa depan anda. Invest lebih banyak dalam pemerolehan aset berbanding tukar kereta setiap 3 tahun..tapi ini hanya contoh ya.

Walaubagaimanapun, saya ingin kongsikan sedikit pengalaman berkaitan dengan aset dan liabiliti ini. Mungkin tidaklah dapat membantu banyak tapi diharapkan perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak idea dan menyumbang dalam perancangan kewangan anda.

Saya mempunyai sebuah kereta yang kecil. Setiap bulan saya perlu membayar sebanyak RM490 kepada bank. Semasa baru memikirkan untuk memiliki sebuah kenderaan, saya tidak pernah fikir akan keperluan-keperluan yang akan datang. Saya hanya menginginkan sebuah kereta untuk memenuhi keperluan dan...ianya baru, dapatlah 'show off' sedikit (padahal cuma kereta kecil pun haha). Seiring berjalannya waktu, saya mendapati bahawa terdapat beberapa keperluan yang perlu dipertimbangkan iaitu:

1. Bayaran bulan kereta (RM490 /bulan)
2. Bayaran servis (RM50 ~ RM200 /3 bulan)
3. Penggantian tayar (RM380 /tahun)
4. Penggantian brek (RM60 ~ RM100 /tahun)
5. Kerosakan lain; estimate dalam RM300 ~ RM1000

Jadi, dalam jangka waktu ini, saya harus mempunyai sekurang-kurangnya RM1000 wang kecemasan untuk kenderaan sahaja. Kereta ini menjadi keperluan dan liabiliti jangka masa panjang (bayaran kepada bank dalam tempoh 9 tahun), kenapa bukan aset? Sebab saya tidak menggunakan kenderaan ini untuk mencari wang.

Saya dan isteri juga mempunyai sebuah rumah condo. Setiap bulan kami perlu membayar sebanyak RM1300. Bulan pertama kami tidak terfikir akan bayaran lain sehinggalah bil lain datang menjenguk. Tapi bil tersebut sebenarnya ada disentuh dalam S&P, cuma kami lupa.
Bayaran-bayaran ini jika dikira semua dalam +-RM200 sebulan.

Memang pada mulanya agak membebankan tetapi jika difikirkan dengan baik, rumah ini nanti nilainya akan semakin meningkat, tetapi kereta pula semakin susut, tambahan pada masa akan datang mungkin banyak yang perlu diganti dan sebagainya.

Daripada kami menyiakan wang kami kepada kereta yang besar dan sebagainya (yang tidak akan mendatangkan keuntungan pada waktu akan datang), lebih baik kami 'invest' kepada property kan.

Jadi, sekian sahaja perkongsian saya.