Friday, February 24, 2012

Kata Ganti Diri Singkat

Kata Ganti Diri Singkat

Pernah dengar masa di sekolah? Tidak? Lupa?
Tidak apa, saya akan menjadi Cikgu Bahasa Melayu, tetapi hanya pada waktu kamu membaca ruangan artikel saya ini. =)

Dalam tatabahasa Bahasa Melayu, Engkau, Kamu, Aku dan Dia adalah kata ganti diri yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.

Kau, mu, ku, nya adalah kata ganti diri singkat yang diambil daripada kata ganti diri pertama, kedua dan ketiga yang saya sebut di atas.

Sekarang saya ingin menerangkan tentang penggunaan kau, mu, ku dan nya.

1. kau - Asal daripada 'Engkau'. Digunakan pada awal kata yang dirapatkan dengan kata yang menyertainya. Contoh : "Kertas ini hendaklah kaubuang di tong sampah" atau "Tidakkah kaurasa bersalah?"

2. mu - Asal daripada 'Kamu'. Digunakan pada akhir kata sahaja. Contoh : "Pen ini adalah milikmu." atau "Hasratmu akan aku tunaikan."

3. ku - Asal daripada 'Aku'. Digunakan pada awal atau akhir kata yang ditulis rapat. Contoh : "Hadiah ini kuberikan kepada kamu" atau "Cintaku ini hanyalah untuk engkau."

4. nya - Asal daripada kata ganti diri ketiga 'Dia'. Digunakan pada akhir kata sahaja. Contoh : "Setiap kesalahan akan menerima balasan daripada-Nya." atau "Abangnya akan bertolak ke Kota Kinabalu pada pukul sepuluh pagi."

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment