Sunday, January 9, 2011

Kasi panas kerita vs Tida Payah



oh ya..satu kebiasaan orang berkereta yang paling lama dipraktik ialah : memanaskan enjin kereta sebelum bertolak ke mana-mana.
Pada zaman yang moden ini, (orang moden bilang) kasi panas enjin kerita ni, memang tidak perlu. Kenapa? Sebab kalau kasi jalan tu kerita pun, buli suda panas enjinnya. Faham? haha..
ok, di sini ada 8 fakta tentang pemanasan enjin kereta :

1. Memandu memanaskan enjin lebih cepat daripada membiarkan enjin kereta beroperasi (ummm).
- Membiarkan (idling) bukanlah satu cara untuk memanaskan enjin kereta tetapi memandunya.

2. Hanya 10 saat yang anda perlukan untuk memanaskan enjin.
- Hanya sepuluh saat sahaja anda perlukan untuk memanaskan enjin. Kalau peraturan luar negara, lebih daripada 10 saat akan mengakibatkan anda membuang wang - Saman sebab mencemarkan udara.

3. Idling merosakkan enjin.
- Menurut kajian, kalau enjin dibiarkan "idle", itu akan menyebabkan enjin lebih cepat rosak dan menurunkan jangka hayat enjin.

4. Idling memerlukan kos yang banyak.
- Maksudnya, kalau memanaskan enjin (dan bukan memandunya) akan menyebabkan lebih banyak penggunaan minyak. Bukan sahaja menggunakan lebih banyak minyak tetapi menghasilkan pencemaran karbon dioksida.

5. Idling dalam garaj boleh membunuh (Kalau ada garaj).
- Mungkin fakta ini senang untuk difahami.

6. Pemanas Blok beat Remote starter.
- Ok, yang ini mungkin susah sikit mo faham.
- Pemanas blok berfungsi untuk memanaskan enjin kereta secara automatik dengan "timer" yang sedia terpasang meskipun pada cuaca sejuk yang melampau.

7. Tugas yang cepat tidaklah secepat yang disangka.
- Meninggalkan kereta tidak dimatikan sementara pergi mengambil sesuatu yang tertinggal di rumah atau membeli di kedai merupakan satu lagi pembaziran minyak dan pencemaran udara.

8. Idling membahayakan kesihatan anda (dan juga jiran anda)
- Exhaust kereta memang membahayakan kesihatan!
- Karbon monoksida yang dihasilkan bukan sahaja mengakibatkan peningkatan kanser, masalah jantung dan juga paru-paru.

Jadi, apakah bagi anda, memanaskan enjin kereta secara "idling" itu masih perlu atau tidak? Sebab kebanyakkan (atau semua) kereta yang dicipta sekarang sudah mempunyai fuel-injection dan teknologi-teknologi yang sewaktu dengannya (untuk mengelakkan pencemaran udara dan menjimatkan kos).


Think Again. Hehe








Sorry, saya tidak berapa pandai translate. hehe

Sumber http://autos.yahoo.com/articles/autos_content_landing_pages/1650/eight-facts-about-warming-up-your-car-in-winter/

1 comment:

  1. Tajuk sebenar ni, memanaskan enjin pada musim sejuk. nah..pa lagi sini malaysia yg cuaca panas..

    ReplyDelete