Saturday, June 29, 2013

"Terima Kasih"

Seorang anak bertengkar dengan ibunya dan meninggalkan rumah.
Anak tersebut berjalan terus tanpa tujuan dan tiba-tiba menyedari bahawa dia tidak membawa wang.

Anak tersebut pun melewati sebuah kedai mee.
Anak itu sangat lapar dan inginkan semangkuk mee.

Pemilik kedai tersebut melihat anak itu berdiri cukup lama di depan kedai lalu bertanya,
"Nak,  adakah engkau ingin memesan mee?"
"Ya, tetapi aku tidak mempunyai wang" jawab anak tersebut malu-malu.
"Tidak apa, aku memberikanmu dengan percuma" kata pemilik kedai.

Anak itu pun segera makan. Kemudian terlihat air mata mulai berlinang.
"Ada apa nak?" tanya pemilik kedai.
"Tidak ada apa-apa, aku cuma terharu kerana seorang pemilik kedai yang baru ku kenal memberi aku semangkuk mee tanpa bayaran sedangkan ibuku sendiri telah mengusir aku keluar dari rumah. Kau seorang yang baru ku kenal tetapi begitu peduli kepadaku."

Pemilik kedai itu lalu berkata, "Nak, mengapa kau berfikir sedemikian? Renungkan hal ini, aku hanya memberikan kamu semangkuk mee dan kau begitu terharu. Ibumu telah memasak mee, nasi dan lain-lain selama dia menjagamu sehingga kamu dewasa."

Anak itu tergamam seketika mendengar hal tersebut.
"Mengapa aku tidak berfikir sedemikian tentang hal tersebut?"
"Untuk semangkuk mee dari orang yang baru ku kenal, aku begitu berterima kasih..
tetapi kepada ibuku yang telah memasak untukku selama bertahun-tahun, aku tidak pernah berterima kasih"

Anak itu pun segera menghabiskan meenya dan pulang.
Begitu setibanya anak tersebut di depan pintu, dia melihat wajah ibunya cemas.
Ketika ibu melihat anaknya, kalimat yang pertama keluar adalah:
"Nak, kau sudah pulang, cepatlah masuk, aku telah menyiapkan makan malam."

Mendengar hal itu, si anak tidak dapat menahan lagi tangisnya lalu dia menangis di hadapan ibunya.

Terkadang satu kesalahan membuat kita begitu mudah melupakan kebaikan yang telah kita nikmati setiap hari.

Sekali waktu kita mungkin akan sangat berterima kasih kepada orang lain untuk suatu pertolongan kecil yang kita terima.

Namun kepada orang yang sangat dekat kepada kita khususnya orang tua, suami/isteri....kita sering lupa berterima kasih.

Berterima kasihlah!!!!!

TUHAN mengasihi, memberkati dan menyertai kita selalu!! Amen!

1 comment: