Friday, May 3, 2013

D.O.A

Doa adalah ucapan atau perbualan peribadi dengan Tuhan.

Yakobus 5:16B
Doa orang yang benar, bila dengan yakin didoakan, sangat besar kuasanya.

Bagi saya, (dan menurut apa yang saya sendiri faham tanpa pelajaran profesional dari mana-mana institusi) 

DOA ini ada dua jenis:

1. DOA SECARA PERIBADI
> Di mana kita berdoa di tempat yang tersembunyi, jauh dari orang lain atau kebisingan, contohnya dalam bilik.
> Atau doa bersama team pendoa di mana-mana cell group atau fellowship.

2. DOA SECARA TERBUKA
> Saya memberinya tajuk sebagai 'Doa secara terbuka' iaitu melalui percakapan kita sehari-harian.
> Di mana semua ucapan melalui mulut boleh menjadi 'doa' kita. Kerana itu ada tertulis dalam firman bahawa kita harus menjaga perkataan dan fikiran kita.
> Apa yang menajiskan kita bukanlah makanan yang masuk dalam mulut kita, tetapi apa yang keluar dari mulut kita, dari isi hati kita.

Roh memang penurut, tetapi tubuh sangat lemah. Maka dengan itu kita harus berjaga senantiasa dan bertekun dalam doa demi melawan kuasa jahat yang cuba menjatuhkan kita dari setiap segi.

Setan itu pendengar yang sangat sensitif juga deceiver yang paling hebat. Apa yang kita katakan terutamanya yang meruntuhkan akhlak -cacian, makian dll.- itu akan digunakan oleh para setan untuk menjatuhkan kita dan orang yang kita tujukan 'doa' tersebut. 

Iblis akan deceive kita untuk melakukan dan berkata perkataan ('doa') yang tidak membangun kepada orang lain, yang kadang-kadang tanpa kita sedari telah menyakiti orang lain.

JADI, marilah kita menjaga perkataan dan budi bahasa serta bertekun di dalam doa dan kebenaran! AMEN!

Semoga diberkati! =)

No comments:

Post a Comment