Thursday, March 28, 2013

Mencari Tuhan


Sesiapa yang mencari kebenaran (hal-hal Syurgawi) akan diberikan jawapan atas segalanya.

Matius 6:33 Tetapi carilah dahulu kerajaan Allah dan kebenarannya maka semuanya itu akan ditambahkan padam

Hal kerajaan Syurga adalah seperti yang tertulis dalam Matius di mana Yesus memberikan perumpamaan kepada ramai orang.

Kita adalah gandum yang siap dituai, tetapi iblis datang dan membibitkan kejahatan dalam manusia sehingga tumbuh menjadi lalang. Apakah kegunaan lalang? Tidak boleh dimakan, tidak boleh dijadikan tumbuhan perhiasan, memang lalang itu tidak ada kegunaan yang penting! Begitulah kejahatan..

Sampai pada hari penghakiman nanti, malaikat akan mencabut gandum beserta dengan lalang, cuma gandum akan dihantar ke 'barn' (syurga) dan lalang akan dibuang ke tempat pembakaran (neraka). Jadi, marilah kita sekeluarga jangan menjadi seperti lalang tersebut, tetapi menjadi gandumlah kita iaitu percaya kepada Tuhan seratus peratus sehingga dituai.

Apabila kita ke gereja, apakah kita benar-benar ingin bertumbuh atau sekadar menayangkan muka sahaja? Jangan kita menjadi seperti benih yang ditabur ke jalan raya, batu-batu, atau semak duri, tetapi kita haruslah menjadi benih yang ditabur di atas tanah yang subur. Maksudnya, benih itu adalah kita, tanah yang subur adalah firman yang kita dengar dan bila kita renungkan dan lakukan firman itu maka kita akan menjadi 'tumbuhan' yang hebat. 

Semak-semak duri menggambarkan penghimpitan-penghimpitan dunia seperti penyakit, ketakutan terhadap pencerobohan di Lahad Datu dan keadaan kewangan yang tidak stabil. Firman sudah didengar tetapi apabila kekuatiran dunia melanda, segera pula kita berpaling kepada penyelesaian dunia contohnya, apabila sakit, tidak pula berdoa kepada Tuhan untuk disembuhkan sebaliknya pergi ke dukun (dan ingin saya tegaskan bahawa pergi kepada dukun akan menjadikan hidupmu lebih parah lagi, percayalah! Saya sudah membaca banyak kesaksian berkenaan dengan dukun dan alam roh.). Apabila kita mengalami kemerosotan ekonomi, kita berpaling kepada judi-judi seperti bermain nombor untuk kaya cepat dan sebagainya. Apabila terjadi pencerobohan di LD, kita tidak berdoa pula kepada Tuhan agar dilindungi (keluarga dan Sabah) malah mengikut pula nasihat-nasihat orang yang penakut.

Kenapa perlu berpaling kepada dunia bila mengalami masalah-masalah ini? Tidakkah Tuhan itu mampu melakukan sesuatu kepada kita? TUHAN itu lebih besar dari masalah kita, panggil Tuhan, cari kebenaranNya maka akan kita temukan jawapan dan penyelesaian atas segalanya. 

Kesaksian saya ialah, apabila saya menghadapi sesuatu permasalahan di mana saya rasa saya tidak dapat lari daripada masalah tersebut, akhirnya saya berpaling kepada Tuhan, meminta keampunan dan berdoa dari hati yang terdalam "Tuhan, saya tidak sanggup hidup tanpaMu..saya tidak ingin hidup penuh keduniawian lagi.."..dan kamu tahu apa yang Tuhan lakukan? MUKJIZAT! Yes, mukjizat!! Dia menjawab doa saya dengan segala jalan-Nya yang saya tidak pernah fahami. Walaupun jawapan doa itu menyakitkan, akan tetapi saya menikmati berkat yang luar biasa dan kerana itu saya akan terus menyaksikan kebaikan Tuhan kepada kamu semua! :D

Mari, kita datang sunguh-sungguh kepada Tuhan, Dia Allah yang mampu. GOD IS ABLE! Sebab seperti yang tertulis dalam Filipi - Aku dapat melakukan segala perkara di dalam Dia yang memberikan kekuatan kepadaku.

Semoga diberkati!!
-onel =)

No comments:

Post a Comment